Sunday, June 5, 2011

LIRIK LAGU -KALAU BERPACARAN

Maksud lirik lagu ini ialah:

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)


Maksud lagu ini ialah:

1) Memberi peringatan kepada mereka yang sedang berpacaran agar sentiasa menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

2) Haruslah mempunyai perasaan malu, kerana sifat malu itu adalah salah satu daripada sifat-sifat orang yang beriman.

3) Jika kita suka pada seseorang, haruslah mengikut cara yang telah dianjurkan dalam islam iaitu, dengan menghantar rombongan meminang agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

4) Haruslah kita sedar bahawa syaitan sentiasa menggoda manusia untuk melakukan perkara-perkara mungkar.

5) Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Janganlah seoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

LIRIK LAGU RAIHAN- DEMI MASA

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4 Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Artist : Raihan
Lirik Lagu : Raihan - Demi Masa
Raihan - Demi Masa

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran

a a a.....

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(sihat sebelum sakit)
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

(Ingat lima perkara) Hidup sebelum mati
(sebelum lima perkara) Sihat sebelum sakit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Muda sebelum tua

(Ingat lima perkara) Kaya sebelum miskin

(sebelum lima perkara) Lapang sebelum sempit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

Maksud lirik lagu ini ialah:

Salam Sejahtera..

Berbicara tentang Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tentu umum sudah tahu perkara tersebut.

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.

1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Sebagai Khalifah di bumi Allah ini saya sekadar mengingati kepada anda di luar sana dan tentunya kepada diri saya sendiri, mungkin difinasi saya tidak sama dengan anda, apapun difinasinya renungkan dan fikir-fikirkanlah. Salam mesra.

KISAH TELADAN : CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

  1. Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
  2. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
  3. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
  4. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
  5. Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
  6. Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
  7. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
  8. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.